MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN


Sekarang memang dah jadi trend ramai peniaga menjalankan perniagaan melalui online. Sosial Media yg menjadi kegemaran mereka adalah facebook, blog, twitter, instagram, blog dan sebagainya. Saya sendiri mencuba nasib menggunakan teknologi yang berasaskan website dan internet untuk memasarkan produk Shakle.. Tak penat ke jadi hamba manusia?Kena arah sana sini, itu ini tapi gaji yang diberi tak berbaloi..Kadang2 increment pun naik RM60, RM70 je..tak teringin ke nk retire young and rich young?

Kenapa saya menceburi bidang ini?


  1. Saya tak perlu mengadap depan komputer or laptop or smartphone 24jam. Bagi yang bekerja, anda masih boleh bekerja sepenuh masa dan bisnes online ini hanya part time. Saya hanya memperuntukkan 2-3jam kebiasaannya pada waktu tengah malam untuk berbisnes.
  2. Tak perlu nak keluarkan duit yang banyak utk upah orang buat renovation decoration kedai sebab saya hanya perlukan "kedai" alam maya iaitu facebook fanpage ataupun blog. Kos untuk make up blog pun tak sampai ribu2 atau puluh ribu. Lagipun, banyak sekarang blog yg bagi tutorial percuma. Hanya perlu rajin meng'google' je.
  3. Saya tak perlu bersiap cantik2 macam nak pergi ofis. Pakai baju tidur pun boleh study dan ikut kelas melalui online. Kan dah jimat masa...masa itu emas...
  4. Tak perlu nak sewa atau beli kedai untuk letak produk saya. Tak perlu berpeluh menunggu di kedai dari pagi ke petang. Hanya paparkan produk di 'kedai' alam maya.
  5. 'Kedai alam maya' saya beroperasi 24jam. Bila bila masa sahaja orang di luar sana boleh melawat blog or facebook saya walaupun saya sedang tidur.
  6. Saya tak perlu nak keluar rumah selalu untuk pos produk atau bertemu pelanggan. Segalanya dihujung jari kerana Shaklee menyediakan perkhidmatan courier
  7. Saya dapat tambah ramai kawan baru dari seluruh negeri Malaysia hanya melalui alam maya.
  8. Saya dapat peluang tambah 'saham akhirat' kerana apa jua ilmu yang saya kongsikan menjadi saham untuk bekalan akhirat. (sapa tak nak kan??)
  9. Bisnes online yang saya pilih tak perlukan modal ribu2 tapi komitmen yang tinggi pada 2-3 tahun pertama. Untungnya saya tak perlulah nak buat loan puluh ribu.
*point diatas berdasarkan realiti kehidupan saya. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya pernah menyertai satu bisnes yang boleh dikatakan bisnes pelaburan. Admin tersebut menjanjikan keuntungan yang berganda di dalam masa 30hari sahaja. Tanpa berfikir panjang dan terlalu cepat inginkan duit, saya terus melaburkan duit saya dalam ratusan ringgit. Tapi malangnya, sampai sekarang saya tidak mendapatkan hasilnya. So motif disini, kalau kita nak berjaya tanpa usaha dan goyang kaki semata2 memang takkan menjadi. "Usaha tangga kejayaan" selebihnya tawakkal kepada Dia. Harap semua pembaca blog ini dapat membuat keputusan yang bijak dalam memilih perniagaan yang hendak diceburi.

Ada banyak lagi yg menguntungkan tapi untuk setakat ini, itu sahaja yg dapat saya senaraikan. Apa yang boleh saya simpulkan, walau apa pun bisnes yang anda ingin lakukan melalui online, pastikan anda benar2 passion dengan pilihan anda..There are no secrets. Basicnya, if you willing to work hard, duplicate semua mentor anda buat, bersedia menanam kepercayaan pada diri dan Tuhan, sentiasa berdoa, dream big, have clear goal, bersedia memberi komitmen..percayalah anda akan rasa manisnya bisnes online dan sangat menguntungkan.

Bagi saya, bisnes online dgn Shaklee telah memberi pulangan yg menguntungkan. Yang penting jangan pilih bisnes online atas dasar tiru2 atau ikut2 orang sahaja. Tepuk dada tanya selera :). Bisnes online ini tak semudah yg disangka. Memang tak dinafikan bisnes online ni pulangannay menguntungkan tapi itu tidak bermakna anda boleh goyang kaki sahaja lebih2 lagi diperingkat awal. Tiada kesenangan yg datang bergolek tanpa usah keras. Apa jua bisnes pasti kena tempuh ujian, dugaan, cabaran, kesukaran, adat berniaga...

Kalau nak berjaya, No excuse, Just do It




Cara Untuk Menyertai Kami?








    0 comments:

    Post a Comment