Friday 7 November 2014

Kenapa susu ibu semakin berkurangan??Ketahui punca dan tips banyakkan susu ibu supaya ibu tidak stress di tempat kerja


Dilema seorang ibu mencari cara banyakkan susu badan supaya anaknya tidak diberikan susu formula


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Kalau sebelum ni saya pernah ceritakan pengalaman saya menyusukan anak saya yang kedua, so kali ni saya akan kongsikan pula tips banyakkan susu ibu supaya susu tidak semakin kurang. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mungkin agak risau kan bila dah mula kerja, susu ibu akan berkurangan. Jangan risau, selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda juga perlu berterusan mengamalkan tip berikut tanpa culas.




Pernah suatu ketika dahulu, saya hampir-hampir memberikan susu formula kepada anak saya keran stok susu yang ada semakin berkurangan. Tetapi apabila disemak semula, terdapat beberapa perkara yang saya lakukan dan boleh menyebabkan susu semakin berkurangan. Antaranya, mengepam ketika payudara penuh, pam tidak konsisten dan tidak minum air yang secukupnya. Nak tahu lebih lanjut, sedikit kupasan dari saya tentang tips banyakkan susu ibu.



  • Pam atau susukan bayi setiap dua ke tiga jam



Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan (demand & supply). Oleh sebab itu, apabila permintaan tinggi, lebih banyak susu yang mampu dihasilkan. Wah, teringat pulak silibus economy masa belajar dulu..(sori lari topik pulak)..Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila terlalu kerap payudara dikosongkan. Ia sama sekali tidak benar!!Sebetulnya, lebih kerap payudara itu dikosongkan melalui penyusuan secara langsung ataupun mengepam, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

  • Usah tunggu sehingga penuh

Bagi ibu yang bekerja buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah itu adalah salah!!Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap dan dengan demikian otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

  • Tandem pumping

Tandem merupakan salah satu cara dimana sebelah payudara dipam sambil menyusukan anak pada payudara sebelah lagi. Langkah ini sedikit sebanyak dapat memaksimakan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan. Saya sendiri pernah melakukan cara ini ketika waktu berpantang untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. 

Tandem pumping merupakan salah satu cara banyakkan susu ibu


  • Penyusuan malam

Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula, ketika ini diri anda berada didalam keadaan yang tenang. Jadi, ia sedikit sebanyak membantu melancarkan proses penghasilan susu. 

  • Minum air yang mencukupi

Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja malah anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa-apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting kerana salah satu elemen dalam penghasilan susu ibu ialah cecair.

Selain itu, ketahui cara TEKNIK PERAHAN SUSU IBU YANG TERBAIK


Nak dapatkan Milkbooster Shaklee??

Set Menyusu ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin:

  • Tambah susu
  • Rasa bertenaga sepanjang
  • Mengurangkan rasa lapar
  • Memekatkan susu supaya anak lebih kenyang
  • Kulit gebu dan menawan.

ENERGIZING SOY PROTEIN

  • Berfungsi untuk menambah kekurangan didalam diet seharian. Perlu diingat bahawa komponen utama susu ibu ialah protein. Maka, sedikit sebanyak ESP dapat membantu membanyakkan susu serta membantu mengekalkan tenaga, melambatkan rasa lapar dan mencantikkan kulit. Ia juga dapat menegangkan payudara anda.

ALFALFA

  • Alfalfa berfungsi sebagai Milkbooster. Ia juga merupakan supplement kewanitaan yang hebat kerana dapat membantu merawat masalah keputihan dan mengetatkan rahim.
Ini adalah testimoni set Menyusu Shaklee



Nak dapatkan set Menyusu??Hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms?whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**








Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

3 comments: